Thursday, April 25, 2013

Waktu Yang Sesuai Melawat Korea – Musim Sesuai Ke Korea

Kami akan ke korea pada 24-30 May 2013 ni....Insyallah..Jadi saya ada buat research pasal musim yang sesuai untuk melawat ke Korea Selatan atau Seoul ni. bagi korang yang tercari-cari bila yang sesuai untuk melawat Korea meh sini tengok mana yang berkenan.. & Waktu yang sesuai Melawat Korea

Korea mempunyai 4 musim iaitu Musim Sejuk ( Winter), Musim Bunga (Spring), Musim Panas (Summer) & Musim Luruh (Fall)

Musim Sejuk di Korea (Winter)

Musim Sejuk Di Korea Musim Sejuk Di Korea

Masa Musim Sejuk di Korea : Lewat November hingga awal Mac

Kebiasaan Suhu Musim Sejuk di Korea : 0°C di daerah Selatan dan -8°C di daerah Utara.

Musim Salji di Korea sering menjadi pilihan untuk merasai suasana salji. Selalunya tiket flight pun lebih tinggi musim ni sebab banyak permintaan.

Musim Sejuk Di Korea

Aktiviti musim salji di Korea ialah Ski dan bermain bola salji.

Salji juga tidak begitu tebal di Korea kecuali di bahagian Timur dan Utara Korea salji lebih tebal. Tempat untuk menikmati Salji di Korea ialah Supia Snow Sleeding Field di Gwangjin, Seoul, Korean Folk Village Snow Sledding Field di Yongin, Gyeonggi-do, dan juga Songdo Amusement Park di Namgu, Incheon-si.

Songdo Amusement Park
Songdo Amusement Park

Terdapat festival musim sejuk iaitu Taebaeksan Snow Festival & Festival es. Selain itu ada juga festival main layang-layang.

Kelemahan musim salji ialah suhunya yang sejuk dan tidak begitu selesa bersiar-siar dan pemandangan di selaputi salji. Jadi untuk melawat Korea Pada Musim Salji silalah prepare pakaian yang sesuai. Selain itu, Januari adalah bulan yang paling sejuk di Korea.

Pakaian yang Sesuai :

Winter Coat – Wajib (Melainkan anda Iceman)

Sweater – Manalah tahu kalau2 winter coat tak dapat nak warmkan tubuh badan.

T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.

Seluar – Seluar panjang contohnya jeans, cargo pants atau lain-lain yang sedikit tebal.

Sarung Tangan – Perlu, untuk mengelak tapak tangan anda sejuk dan kebas.

Penutup Telinga – Perlu untuk mengelakkan telinga berdesing.

Kasut – Bertutup, but musim sejuk lebih sesuai.

Stoking – Perlu, amat berguna pada waktu tidur.



info psal baju ni aku amik dari: http://jomlawatkorea.blogspot.com/2011/08/persiapan-sebelum-bertolak-ke-korea.html



Musim Bunga di Korea (Spring)

090319_p09_flower(1)

Masa Musim Bunga di Korea : Pertengahan Mac hingga lewat Mei

Kebiasaan Suhu Musim Bunga di Korea : 5℃ - 20℃

Musim bunga memang cantik kerana musim ini dapat menikmati pemandangan bunga sakura di mana-mana memang kelainan sangat. Suhu juga tidak panas dan tidak sejuk sangat selesa berjalan-jalan.

Musim ini cuaca cerah dan sangat sesuai untuk menikmati keindahan kota Korea. Bagi pencinta alam pula musim inilah yang paling cantik untuk menikmati keindahan tanaman hiasan semisal magnolia, forsythia, dan sebangainya.

Festival musim bunga ialah Lotus Lantern Festival dan Pesta Musim Bunga. Tempat menarik untuk dilawati pada musim ini ialah Changgyeonggung Palace, Ilsan Lake Park, atau Jinhae Cherry Blossom Tunnel.

Gambar di bawah ni ialah Jinhae Cherry Blossom Tunnel.

Musim Bunga di Korea Jinhae Cherry Blossom Tunnel 16CUWCB

Pulau Jeju juga best untuk dilawati pada musim bunga di korea. Di Pulau Jeju ada Festival yang dinamakan The Jeju Canola Flower Festival kerana musim bunga di Korea Pulau Jeju di penuhi kekuningan bunga Canola. Selain di Pulau Jeju, di Cheongpungho di adakan Cheongpungho Cherry Blossoms Festival. Festival ini menyajikan bseperti bunga Cherry Putih, Forsythias, Azaleas, dan lain-lain.

Ini pula pic di Pulau Jeju iaitu The Jeju Canola Flowers Festival

MuSim Bunga di Korea MuSim Bunga di Korea

Pic dibawah ni plak di Nami island

Musim Bunga di Korea Nami Island Korea

Selepas musim bunga datang pula Musim Panas di Korea.

Musim Bunga :

Jacket – Wajib. Jacket yang sedikit tebal amat sesuai.

Sweater – Perlu. Kerana di dalam rumah pun kadangkala sejuk.

T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya

Seluar – Seluar panjang. Jeans atau lain-lain.

Sarung Tangan – Yang tidak terlalu tebal sudah memadai.

Kasut – Bertutup.

Stoking – Stoking yang tidak tebal memadai.


Musim Panas di korea (Summer)

Masa Musim Panas di Korea : Bulan Jun hingga September

Suhu Musim Panas di Korea : 23~27°C

Bagi kita di Malaysia agak bosanlah kalau pergi musim panas sebab negara kita pun memang negara panas rugi lah kalau pergi di antara bulan Jun dan September ni ke Korea. Waktu kemuncak kepanasan di Korea pula antara pertengahan Julai hingga pertengahan Ogos jadi elakkan melawat Korea waktu ni okey.. Walau bagaimanapun suhu di negara kita lebih panas berbanding musim panas di sana hihihihi..

walau bagaimanapun di Korea Musim Panas adalah musim untuk bersantai. Banyak acara pantai di adakan. Antara tempat yang menarik pada musim Panas di korea ialah Gyeongpo Beach di Kota Gangneung, Naksan Beach di Kota Yangyang dan Eurwangni Beach.



Haeundae beach - Busan
Haeundae beach – Busan

Haeundae beach - Busan

Beach on the South Coast of South Korea
Beach on the South Coast of South Korea

Antara aktiviti pantai yang di adakan ialah rafting, flyfish rides, bungee jumping dan Wind Surfing.

Masa Yang Sesuai Melawat Korea

Kelemahan musim panas ialah hujan turun tidak menentu jadi menyusahkan untuk merancang aktiviti.

Selepas musim Panas di Korea tibalah musim romatik iaitu musim luruh.

Pakaian Musim Panas :

Jacket – Tidak perlu!

Sweater – Dipakai sekadar fesyen.

T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya. Lengan pendek memadai. Jika lengan panjang fabrik nipis.

Seluar – Pendek atau panjang fabrik tidak tebal.

Sarung Tangan – Tidak Perlu

Kasut – Yang tidak bertutup lebih sesuai. Selipar atau sandal pun sudah cukup.

Stoking – Nak bawak boleh, tak bawa pun tak mengapa.



Musim Luruh di Korea ( Autumn)

Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea

Masa Musim Luruh di Korea : Lewat September hingga Pertengahan November

Suhu Musim Luruh di Korea : 11~19°C (sejuk jugak kan)

Selain musim bunga, musim Luruh di Korea juga musim yang sesuai bersiar-siar kerana cuaca yang baik dan cerah juga tidak panas dan tidak terlalu sejuk.

Pemandangan juga cantik kekuningan dengan keindahan daun-daun gugur macam carpet di lantai. Festival Musim Luruh ialah Festival Gingseng, Festival Kembang Api, Festival Kimchi dan sebagainya. Pada bulan Oktober banyak pula sambutan bertema Haloween di adakan. Selaian itu Chuseok atau Korea Thanksgiving Day juga di adakan iaitu pesta harvest.

Musim Luruh di Korea

Antara tempat menarik yang boleh dilawati pada musim luruh ialah Seoraksan National Park. Boleh dilakukan acara hiking sambil menikmati keindahan semula jadi yang sangat cantik .. terpegun aku tengok gambar-gambar di sini tak sabar betul nak ke sana…..

Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea Musim Luruh di Korea

semua gambar di atas ni di Seoraksan National Park. Cantik sangat. Teruja aku tengok!!! hebatnya kuasa Allah. Subhanallah!

Seterusnya Nami Island. Ramai cakap di Nami Island paling cantik pada musim Luruh tau… cantik!

Musim Luruh di Korea Nami Island

Musim Luruh di Korea Nami Island

Pakaian Musim Luruh :

Jacket – Perlu kerana suhu pada musim ini adalah sejuk!

Sweater – Jika dibawa bersama lebih bagus.

T-Shirt & Kemeja Casual – Secukupnya.

Seluar – Seluar panjang lebih sesuai.

Sarung Tangan – Yang tidak tertalu tebal memadai.

Kasut – Bertutup lebih sesuai.

Stoking – Perlu kerana cuaca pada waktu ini dingin.


Tips : Scarf dan mafla adalah berguna pada setiap musim kecuali musim panas. Scraf dan mafla yang dililit pada leher serta kepala membantu menghangatkan tubuh badan.


No comments: