Showing posts with label shikin. Show all posts
Showing posts with label shikin. Show all posts

Tuesday, February 25, 2014

Car boot sales

Teruja nak join car boot sale...

dah kumpul segala baju lama2 yaya yang dah tak boleh nak guna lagi...tapi masih elok dan boleh lagi digunakan. handbeg2 lama dan juga baju -baju fidi yang masih elok dan ada yang baru pun ...tapi nak letgo murah murah...nak buang sayang ...nak simpan penuh dah almari kat rumah tu...dari kena bebel ngan fidi sebab banyak sangat barang2 kesayangan saya memenuhi almari lebih baik kita join car boot sale.

Nanti update lagi situasi semasa car boot sale tu....

                                    Tu diaaa....dah dapat email boleh join car boot sale goodcycle....

Tuesday, December 17, 2013

jalan jalan sambil membeli dan belah

hari ni cik abang dengan baik hatinya telah melabur untuk isteri dan anak kesayangan dia...hehehe pokai hubby i...tak pa la kot..bukan orang lain pun kan...
untuk yaya..papa belikan hand phone..emmm baru darjah 2 kot...tapi dah dapat hand phone samsung.semoga anak mama bertambah bersemangat nak study dan pergi tusyen lepas ni ya..dah dapat hadiah dari papa..
untuk i pulak...hand beg dan juga poh kong...wahhh best laa cam ni...kalau tiap tiap bulan dapat kan best...comfirm botak kepala my hubby...so lepas ni kenala jaga hati my hubby baik baik...ada rezeki lagi mana la tau cik abang akan belikan yang lain pulak......

Thursday, November 14, 2013

Awak ...saya dah konvo

Tanggal 28 Oktober 2013....saya dah konvo :)

Rasa teruja dan happy sangat sebab perjuangan menimba ilmu selama 2 tahun 8 bulan terbayar sudah.
Terima kasih yang tidak terhingga pada suami tercinta Ahmad Rafidi bin Rahmat...love u abang...anak mama tersayang Nor Aleeya Fatihah bt Ahmad Rafidi kerana sentiasa menyokong sayang sepanjang sayang study tak kira apa pun yang berlaku.

Emak , ayah dan adik beradik juga sahabat yang banyak memberi dorongan dan semangat. TQ semua...jasa kalian tak kan dilupakan.





Friday, March 1, 2013

Teruja nak masak...ayam percih sodap

Hari ni nak masak ayam percih...dah ambil resepi...cam sedpakan...tapi saya buat nanti tak tau la camni ker idak rupanya...hehehe
nak kena pergi kedai dulu beli ayam dan juga bahan -bahan ...wah terujanya nak masak....:)
Resepi yang saya nak ikut ni la dia...taraaaaaaa.....

Jom sediakan bahan2 utk di kisar :

~ 2 biji bawang besar
~ 2 inci kunyit hidup (kalau xde sila ganti serbuk kunyit)
~ 2 batang serai
~ 2 cm halia
~ 1 sudu kecil biji ketumbar
~ 4 ulas bawang putih
~ sedikit air utk blender


Bahan2 lain :
~ 3 sudu besar cili kering kisar.. tambah lagi kalau nak lebih pedas ye..
~ garam atau bahan perasa..
~ santan pekat 1 cawan.. kalau masak sekor ayam guna 2 cawan santan pekat.. senang citer masukkan je santan kotak yg 200ml tu..
~ asam keping sekeping je
Cara2nya :
1. Mula2 masukkan ayam dalam kuali.. tuangkan bahan2 kisar tadi ke atas encik ayam tersebut.. masa ni jgn bukak api dulu..


2. Ambik santan.. tuang ke dalam kuali yg berisi ayam + bahan kisar td..


3. Selepas masukkan santan, masukkan pulak 3 sudu besar cili kering kisar.. Haaaa masa ni dah boleh bukak api.. api sederhana je ye..

4. Kacau2 bg ayam tu sebati dgn kuah.. jgn lupa terbalikkan bg ayam tu tak masak sebelah aje...


5. Masukkan asam keping sekeping aje.. masukkan garam secukup rasa..


6. Masak sampai ayam tu jadi separuh masak dan kuah menjadi sedikit pekat.. matikan api..


7. Angkat ayam tersebut dan masukkan ke atas dulang pembakar.. tuangkan sedikit je kuah ayam percik tu td.. baki kuah sila simpan utk di tuang ke atas ayam sesudah siap di bakar..

8. Bakar ayam tersebut dlm oven selama 30 minit atau sehingga ayam tersebut bertukar keperangan.. dgn suhu 180 celsius, api atas bawah..


9. Ayam yg sudah siap di bakar..


10. Tuangkan baki sos/kuah ayam percik tadi ke atas ayam tersebut.. siapppp... sedap woooo.. tapi tak tau le pada tekak korang lak kan..

Selamat mencuba resepi yg simple ni ye.. hehehe

Tuesday, February 19, 2013

Facebook kan ada?

Ramai orang tanya.. 

Mcm best je eqin buat bisnes, mcm mana you buat?

Ya, memang sangat BEST!! 
Sebab eqin tak perlu susah-susah cari customer
tapi eqin biarkan customer yang datang cari kita :)

Ha Biar betul? Macam mana tu?

Simple, saya just gunakan "Online Marketing" 
and most important is Facebook ;)

Facebook kan ada :)

Rasanya most of us ada akaun Facebook dan bukak Facebook setiap hari kan? 
So takda masalah la...dari bukak Facebook tak dapat apa-apa...lebih baik gunakan Facebook untuk buat duit.

Kita bukan sekadar ber Facebook untuk view status update, find new friends, etc..
 But we create our Facebook as one of our marketing tool
and help us to generate 4, 5, 6 figures income from it!

Macam tak logik kan, tapi tu la Realiti nya :)







Lets learn about it!
Kalau tak pandai takpa..Tapi jangan jadikannya sebagai satu penghalang untuk kita belajar.

Sebab semuanya akan diajar from A to Z,

dan macam mana untuk generate 5 to 6 figures income monthy..

We have the best TEAM and
We are SPECIALIST in this Business





We learn from the BEST!

Giving out the BEST!

and Be The BEST!

Together We Achive More. InsyaAllah =)

Tuesday, February 5, 2013

Jom Cuci Mata


 kalau berminat boleh dapatkan dari saya ya :

012-3819579
harga - rm85.00 sehelai + 7.00 kos pos


Sunday, January 27, 2013

jpj kini di hujung jari

minggu ni promosi id orang awam di portal jpj...dengan adanya id ni...orang awamboleh buat semakan dan pembayaram saman secara online...next. ..orang awam pun boleh juga buat pembaharuan lesen dan renew road tax melalui online jer...datang ke kaunter jpj utk ambik salinan roadtax jer. ..so tak perlula beratur panjang panjang lagi...lagi satu boleh buat sambil santai santai...ats katil pun boleh buat asalkan ada laptop dan line internet dan juga perlula ada id kan...best oooo...tak yah ambik cuti lagi sebabnak pi jpj jer..
masa promosi ni...terkejut juga bila takya kat pakcik pakcik yang nak daftar tu ada email tak...sebab password sementara akan dihantar ke alamat emial..kira email tu penting la kalau nak daftar id tu...rata rata pakcik ni cakap ada la emial..facebook pun pakcik ado...hahaha...caya la pakcik....

sogo lagi

hari ni cuti sempena thaipusam...mak ngan ayah datang kl...tujuan mak 1 jer..dia nak pi shopping kat sogo...huhuhu...setahun 3 kali jer mak akan beli hand beg ngan kasut...bila dah guna mak tak kan tukar tukar lagi dah sampai la kasut ngan handbeg tu dah rosak teruk baru mak tukar...
tak macam kita orang muda ni kan...dapat gaji tiap bulan mesti nak gi shopping...i like shoping hand beg ngan kasut..dan gold...gold...gold.....
ok time for shopping....

Wednesday, January 23, 2013

mendobi di hari cuti

disebabkan hari ni hari cuti sempena maulidur rasul so kita akan mendobi hari ni...sekarang dah jam 12.00 tengah hari..masih lagi dobi pusingan ketiga...kalau mesin basuh tu boleh bercakap mesti dia menjerit jerit minta stop...tapi nak buat cam ner...hari ni nak cucisemua cadar bilik i dan bilik yaya....

yang bestnya...petang ni dah plant nak pergi cari handbeg...ini satu hobi ku yang tak boleh disisihkan...asyik nak beli hand beg jer...kalau kumpulkan semua dah ada 30 hand beg...ada yang dah guna ada tu dah lapuk dimakan hari tak pernah guna pun....adoiiii....cam ner nak buang hobi niya...emmmmm

Hai...Hai...Hai

Hai semua...

lama dah rasanya tak update kat sini....sebab apa saya tak update...seba saya lupa password...punya la nak pecah kepala pikir apa password untuk blog ni...AKHIRNYA...dapat juga saya password yang sebenar...Suak...suka...suka....

Rindula nak update kat sini ...sangat rindu...

Yaya pun dah besar...nak boleh harap bak kata my mom...dah rajin tolong kat dapur..paling dia suka basuh pinggan...sebab dapat main air dan buih sabun....



Tuesday, July 5, 2011

Demam

Dalam setahun berapa kali kita deman..dalam sebulan berapa kali kita demam...dalam seminggu berapa kali pulak kita deman...kadang-kadang sering terdengar " eeee aku rasa nak demam la"....demam tak der jual kat dekai...tak jugak kat pasar apatah lagi kat kedai mamak...Persoalannya kenapa kita demam...

 Demam adalah satu cara untuk tubuh kita melawan penyakit (salah satu fungsi penting dalam badan).

* Secara purata, suhu badan yang normal ialah 37 darjah celsius (bergantung kepada umur, keadaan persekitaran dan keadaan fizikal seseorang).

* Suhu badan meningkat menunjukkan badan sedang mengaktifkan sistem imun untuk menghasilkan sel darah putih, antibodi dan agen-agen lain untuk melawan penyakit.

* Punca-punca demam; jangkitan kuman, toksin, kanser dan juga sebarang penyakit autoimmune.

 * Juga boleh disebabkan oleh heatstroke, dimana suhu badan meningkat dan menjadi tidak terkawal.

 * Untuk demam yang ringan (suhu tidak terlalu tinggi), hanya perlu minum banyak air dan rehat.

 * Apabila demam, makan ubat untuk mengawal suhu daripada menjadi terlalu tinggi BUKAN untuk menghapuskan demam tersebut secara serta merta.

 * Sekiranya kanak-kanak didapati demam tetapi masih bergerak aktif, bermain dan tidak bermasalah untuk tidur, kemungkinan besar ia-nya hanya demam biasa dan tidak serius.

 * Jika demam berterusan melebihi tiga hari, berjumpalah dengan doktor/pakar kerana demam yang berterusan dan terlalu kuat boleh mengakibatkan kerosakan otak (khususnya di kalangan kanak-kanak). Demam berterusan juga adalah petanda bahawa ia bukan sekadar demam biasa dan memerlukan rawatan rapi.

hari ni letak coret -coret pasal demam sebab " aku rasa nak demam"....

Wednesday, March 23, 2011

Teh bunga ...memang best...

Air apa ni....nampak cam cantik kan...Allohaaa...ini la dia air teh bunga . Sedap tak terkata ...lagi kalau dapat yang fresh...Lagik fell bila kunyah kelopak bunga nye yang lembut tu. Bunga ape  tak tau la.. Ada orang kata bunga kekwa. Tak pasti, yang pasti sangat la sedap.

Tuesday, March 22, 2011

Rambut sama hitam hati lain-lain

Orang kata manusia ni rambut jer sama hitam tapi hati lain-lain...Betul ker?

bagi saya betul kata bidalan tu...kalau nak samakan semua manusia kat muka bumi ni semuanya rambut hitam kecuali yang dah mewarnakana rambut atau yang dah 'beruban"...apa maksud kata bidalan tu yer...eeemmm

cam yang kita semua pernah lalui...kita buat baik pada orang belum tentu orang akan buat baik pada kita...mungkin diwajahnya berkata "YA" tapi disebalik tindakannnya berkata "TIDAK"....kita berbuat baik dengan harapan kebaikan yang diberikan akan dibalas dengan madu...adakalanya kita tak tahu disebalik madu yang cuba diberi telah dicampur dengan racun...yang amat menyakitkan....

Terkilan dengan balasan sedemikian rupa setelah jasa diberikan...tapi apakan daya..ALLAH penentu segalanya...kita hanya mampu berserah ....

Wednesday, March 9, 2011

Saya budak baru belajar

Saya budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan...

Dah naik pangkat tapi masih lagi di pejabat lama yang berubah hanya unit. saya ditempatkan diunit baru.Dulu buat teknikal tapi sekarang kena bermain dengan program pulak. Nak tak nak...suka atau tak suka " awak mesti belajar"...itu yang saya pegang...susah memang susah...tapi nak buat cam ner...ada kala pening pikirkan cam ner la aku nak pandai buat program ni...dah la budak baru belajar...data yang datang melambak-lambak...buat perlahan-lahan kena tunggu yang otai-otai senang dulu baru boleh jumpa dia orang nak mintak tolong tunjukkan...muka semua stress ..cam ner nak mintak dia orang ajar ni...