Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Tuesday, December 17, 2013

Tuesday, March 15, 2011

Negeri Sembilan-Malaysia

Di Negeri Sembilan, seni bina Minangkabau, dengan bumbung berbentuk tanduk yang unik yang dibina sejak abad ke 17 Sumatra, menjadi reka bentuk yang mendominasi bangunan di ibu negerinya, Seremban. Saksikan betapa gahnya bumbung bercabang dua sama seperti tanduk kerbau ini.

 Rumah Negeri Sembilan senang dikenali kerana bumbungnya yang melengkuk di tengah sedangkan tepi kiri dan kanan menaik ke atas menjadi bentuk seperti tanduk kerbau, bentuk yang membayangkan pengaruh budaya Minangkabau dari Sumatera

Negeri Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui Serambi.  Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang. Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan rekaan kekunci dipapan yang menarik seperti yang boleh dilihat di dalam gambar.
Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling rumah, lebih-lebih lagi di sekitar Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza.
Rumah ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.
Rumah ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar kepada sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai ruang bersembang untuk kaum wanita.  Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya adalah sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannya berdiri.

Negeri Sembilan-Malaysia

Sebelum penjajah barat menakluki alam Melayu ini, beberapa buah kerajaan yang masyhur telah bertapak kuat dalam rantau dan daerah tertentu seperti kerajaan Sri Vijaya yang berpusat di Palembang, Majapahit, Bugis, Riau Lingga, Pasai, Acheh, Temasek, Melaka dan lain-lain. Semua negeri-negeri ini diperintah oleh raja-raja Melayu yang berdaulat dalam negerinya masing-masing.
Tetapi akibat 'telunjuk lurus kelengkeng berkait' penjajah barat baik Portugis, Belanda, Inggeris mahupun Amerika yang pada awalnya hendak berdagang akhirnya sedikit demi sedikit negeri-negeri Melayu ini telah menjadi tanah jajahan berabad-abad lamanya.
Tuduhan-tuduhan dari orang-orang barat yang mengatakan bahawa orang-orang Melayu berkebudayaan lanun seperti yang pernah kita dengar beberapa tahun yang lalu adalah semata-mata karut dan sengaja direka dengan maksud dan niat serta bertujuan jahat.
Orang-orang Melayu telah bertamadun sejak beribu tahun yang lalu. Selain daripada dapat mengatur dan mentadbir negaranya sendiri sesuai dengan keadaan waktu itu, nenek moyang kita juga telah biasa mengharungi samudera luas seperti Lautan Hindi, Laut China dan sekitar Lautan Pasifik Selatan selain dari laut alam Melayu dengan menggunakan kapal-kapal layar yang besar yang mereka bina sendiri.
Mereka bukan saja membuat perhubungan dengan negeri China, sebelah timur, malah dengan negara yang lebih bertamadun dan kuat di barat yang kita kenal dengan nama Benua Rom.
Laksamana Hang Tuah pernah diutus oleh Sultan Melaka sebagai duta pelawat dikedua-dua buah negara tersebut, selain dari menjalin hubungan dan mengikat tali persahabatan di antara kerajaan Melayu Melaka dengan negeri China dan Benua Rom, hubungan dagang juga telah turut dilakukan.
Orang-orang Bugis umpamanya walaupun dicap sebagai perompak lanun oleh orang-orang barat, tetapi apa yang sebenarnya, mereka adalah perwira-perwira angkatan laut yang gagah perkasa dan mahir dalam peperangan laut. Angkatan laut Portugis, Belanda dan juga Inggeris banyak yang tewas di tangan mereka yang telah menguasai laut alam Melayu sehinggalah ke Riau dan Semenanjung Tanah Melayu.
Sebagaimana dengan negeri-negeri lain, Negeri Sembilan juga tidak kurang dengan susunan pentadbiran yang teratur meskipun ia merupakan sebuah negeri yang baru terbentuk setelah runtuhnya kerajaan Melayu Melaka dan Johor.
Raja Melewar yang dijemput dari Minangkabau itu telah ditabalkan pada tahun 1773M oleh Datuk-datuk Penghulu Luak (waktu itu belum bergelar Undang) di Kampung Penajis, Rembau. Sebelum itu walaupun Negeri Sembilan di bawah pemerintahan Sultan Johor, tetapi Luak-luak di Negeri Sembilan ini adalah di bawah pentadbiran Penghulu masing-masing dengan dibantu oleh Lembaga dan Buapak. Sistem pentadbiran negeri dapat dikatakan satu pemerintahan yang bercorak demokrasi yang berbentuk 'tear system'. Perbilangan yang menyebutkan,
'Bulat anak buah menjadikan Buapak
Bulat Buapak menjadikan Lembaga
Bulat Lembaga menjadikan Penghulu
Bulat Penghulu menjadi Raja'

membuktikan atas kebenaran ini. Manakala sistem pentadbiran pula turun dari atas iaitu Raja, Penghulu, Lembaga dan Buapak. Buapak yang memiliki anak buah menyampaikan segala perintah. Itulah yang disebutkan dalam perbilangan adatnya:
'Berjenjang naik, bertangga turun'.
Setelah penjajah Inggeris mencampuri pemerintahan, maka berlakulah berbagai-bagai perkara yang tidak diingini -"pecah-pecah dan perintah" yang menjadi permainan penjajah itu telah digunakan dengan bijaksana oleh penjajah Inggeris. Akhirnya Sungai Ujung dan Jelebu terpaksa menerima seorang Residen British, kemudian diikuti oleh Rembau manakala Seri Menanti telah kalah berperang dengan Inggeris yang dibantu oleh Penghulu Syed A.Rahman Sungai Ujung pada tahun 1874M.
Nama Negeri Sembilan yanag kita warisi sekarang ini adalah diambil dari nama 'Sembilan Negeri' yang diketuai oleh 'Sembilan Penghulu' yang menabalkan Raja Melewar. Perkataan 'Negeri' di pangkal huruf 'Sembilan' itu adalah diambil dari istilah yang lazim dipakai dari tanah leluhur (asal) Minangkabau yang membawa pengertian satu kawasan atau daerah yang kira-kira seluas luak atau mukim atau kampung, orang-orang Minang memanggil dengan nama 'negeri'. (Huraian lanjut mengenai perkara ini ada saya jelaskan dalam buku 'Takhta Kerajaan Negeri Sembilan').

Cyberjaya-Malaysia

Cyberjaya in Sepang is located to the west of Putrajaya, the new Federal Government Administrative capital of Malaysia. It is a well planned township with a science park which forms the Multimedia Super Corridor of Malaysia. This big piece of land used to be a oil palm plantation before it was chosen by the government of Malaysia as the new silicon valley of Malaysia. MDec has been tasked to bring this vision to pass and the headquarter is located in the city itself.
The development of this intelligent city is done based on the theme of making this city a multimedia centre that will attract many multinational companies in the area of IT and multimedia from around the world. The infrastructure and IT facilities of this city has been planned to make it the most modern and sophisticated in this region. Modern transportation systems has also being planned to make this a city that is accessible from all parts of Malaysia

Peta Malaysia

Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara.

Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang dipisahkan oleh Laut China Selatan.

Malaysia Barat atau Semenanjung Malaysia bersempadankan Thailand di utara dan Singapura di selatan.

Malaysia Timur, bahagian utara Pulau Borneo bersempadankan Indonesia di selatan dan Brunei di utara.

Di zaman dahulu, Semenanjung Malaysia atau Semenanjung Melayu adalah pusat perdagangan utama Asia Tenggara.

Negeri Johor menjadi penghubung kepada India dan China dari segi ekonomi dan menjadi tempat persinggahan untuk peniaga dari kedua buah negara besar Asia itu.

Johor memerintah seluruh kawasan Asia Tenggara termasuk negara moden Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan Timor Timur.

Johor menaungi semua negeri awal di Alam Melayu (Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina dan Timor Timur) dan Johor sendiri dinaungi oleh China.

Dalam tahun 1511, Melaka iaitu negeri yang diperintah oleh Sultan Johor ditakluk oleh Portugis. Belanda telah menakluki Melaka dalam tahun 1641.

Dalam tahun 1784, seluruh Empayar Johor ditakluk oleh Belanda. Tetapi dalam tahun 1824, dengan campur tangan British, Belanda telah meninggalkan Semenanjung Melayu.

Kawasan Kepulauan Melayu kecuali Sabah, Brunei, Sarawak, Filipina dan Timor Timur telah diserahkan oleh Sultan Johor kepada Belanda [Filipina ditakluk Sepanyol dan Timor Timur ditakluk Portugis dalam tahun 1500an].

Mulai tahun 1786 dengan penaklukan Pulau Pinang, Britain telah menjajah Malaysia.

Dalam tahun 1909, Britain telah memasukkan kembali Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu ke dalam Malaysia. Keempat-empat negeri itu telah ditakluki Thailand selama hampir seabad.

Malaysia merdeka dari pemerintahan British pada Ogos 31, 1957 sebagai Persekutuan Malaya yang meliputi 11 negeri di Semenanjung Melayu iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Pada September 16, 1963, Sabah, Sarawak dan Singapura telah mencapai kemerdekaan dari Britain dan menyertai Malaya. Negara Malaya telah mengubah namanya kepada Persekutuan Malaysia.

Singapura telah meninggalkan Malaysia pada tahun 1965.

Brunei diperintah oleh British sehingga 1 Januari, 1984 apabila negara itu mencapai kemerdekaan tanpa menyertai Malaysia.

Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.

Sultan Agung Malaysia iaitu Yang Dipertuan Agong dipilih setiap 5 tahun oleh Majlis Raja-Raja Melayu yang dianggotai oleh Sultan (atau Raja bagi Perlis dan Yang Dipertuan Besar bagi Negeri Sembilan) yang memerintah 9 negeri beraja - Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri menjalankan pemerintahan sebenar. Pilihanraya untuk Dewan Rakyat, dewan utama Parlimen, diadakan 5 tahun sekali. Ahli Dewan Negara Parlimen dilantik oleh Yang Dipertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri.

Malaysia ialah sebuah negara industri baru yang banyak mengeksport barangan konsumer dan mesin. Di zaman awal selepas Merdeka, Malaysia adalah pengeksport bahan mentah getah, bijih timah dan kelapa sawit.

Penduduk Malaysia terbahagi kepada 4 kaum utama iaitu kaum bumiputera Semenanjung Malaysia yang dipanggil Melayu (53 peratus), kaum bumiputera Malaysia Timur yang dipanggil Bumiputera Timur atau Bumiputera Borneo (10 peratus), kaum Cina (27 peraturs) dan kaum India (10 peratus).

Agama yang dianuti di Malaysia ialah Islam (59 peratus), Buddha (23 peratus), Kristian (10 peratus), Hindu (7 peratus) dan Sikh (1 peratus).

Malaysia terdiri daripada 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan (terdiri daripada tiga buah bandar).

Berikut ialah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia (ibu negeri dalam kurungan).

Johor (Johor Baru).
Kedah (Alor Star).
Kelantan (Kota Baru).
Melaka (Bandaraya Melaka).
Negeri Sembilan (Seremban).
Pahang (Kuantan).
Perak (Ipoh).
Perlis (Kangar).
Pulau Pinang (George Town).
Sabah (Kota Kinabalu).
Sarawak (Kuching).
Selangor (Shah Alam).
Terengganu (Kuala Terengganu).
Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur).
Wilayah Persekutuan mengandungi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Puncak tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu di Banjaran Crocker, Sabah (4,175m).

Banjaran gunung terpanjang di Malaysia ialah Banjaran Titiwangsa (500km).

Sungai terpanjang di Malaysia ialah Sungai Rejang, Sarawak (563km).

Jambatan terpanjang di Malaysia ialah Jambatan Pulau Pinang (13.5km).

Gua terbesar di Malaysia ialah Gua Mulu di Marudi, Sarawak.

Negeri terbesar di Malaysia ialah Sarawak (124,450km persegi).

Negeri terkecil di Malaysia ialah Perlis (810km persegi).

Tempat paling lembap di Malaysia ialah Kuching di Sarawak (lebih daripada 5,080mm setahun).

Tempat paling kering di Malaysia ialah Kuala Pilah di Negeri Sembilan (kurang daripada 1,524mm setahun).

Kawasan paling padat penduduk di Malaysia ialah Kuala Lumpur (6,074 orang per km persegi