Tuesday, July 5, 2011

Demam

Dalam setahun berapa kali kita deman..dalam sebulan berapa kali kita demam...dalam seminggu berapa kali pulak kita deman...kadang-kadang sering terdengar " eeee aku rasa nak demam la"....demam tak der jual kat dekai...tak jugak kat pasar apatah lagi kat kedai mamak...Persoalannya kenapa kita demam...

 Demam adalah satu cara untuk tubuh kita melawan penyakit (salah satu fungsi penting dalam badan).

* Secara purata, suhu badan yang normal ialah 37 darjah celsius (bergantung kepada umur, keadaan persekitaran dan keadaan fizikal seseorang).

* Suhu badan meningkat menunjukkan badan sedang mengaktifkan sistem imun untuk menghasilkan sel darah putih, antibodi dan agen-agen lain untuk melawan penyakit.

* Punca-punca demam; jangkitan kuman, toksin, kanser dan juga sebarang penyakit autoimmune.

 * Juga boleh disebabkan oleh heatstroke, dimana suhu badan meningkat dan menjadi tidak terkawal.

 * Untuk demam yang ringan (suhu tidak terlalu tinggi), hanya perlu minum banyak air dan rehat.

 * Apabila demam, makan ubat untuk mengawal suhu daripada menjadi terlalu tinggi BUKAN untuk menghapuskan demam tersebut secara serta merta.

 * Sekiranya kanak-kanak didapati demam tetapi masih bergerak aktif, bermain dan tidak bermasalah untuk tidur, kemungkinan besar ia-nya hanya demam biasa dan tidak serius.

 * Jika demam berterusan melebihi tiga hari, berjumpalah dengan doktor/pakar kerana demam yang berterusan dan terlalu kuat boleh mengakibatkan kerosakan otak (khususnya di kalangan kanak-kanak). Demam berterusan juga adalah petanda bahawa ia bukan sekadar demam biasa dan memerlukan rawatan rapi.

hari ni letak coret -coret pasal demam sebab " aku rasa nak demam"....

Wanita oh Wanita

Wanita Oh wanita...wanita yang banyak ragam dan kemahuan., banyak sifat wanita yang tak diketahui lelaki...Kenalilah wanita yang adakalnya sifatnya boleh memakan diri...

SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .
PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .

EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .

Thursday, April 14, 2011

Penawar paling mujarab bagi Ayah yang sakit terlantar- episod 2

-sambungan episod 1-

Kami hanya ader 3 beradik..kalau ader orang datang rumah nak beli benih ikan..kedua adik ku yang selalu membantu ayah ...rambut adik ku semua dipotong pendek oleh mak tersayang...rimas kata mak kalau adik-adikku berambut panjang...sampaikan ader yang memangggil adik ku yang bongsu dengan panggilan abang...oooppp...tersalah la pulak pakcik...itu semua yang dilalui oleh adik2 ku...aku hanya membantu mak didapur dan mengemas rumah serta memasak...itu memang dah tugas ku...

Ayah memang tak pernah rasa jemu nak majukan keluarga...kalau ader orang order benih ikan...ayah akan hantar kelokasi yang memesan...kadang-kadang ayah sampai ke kuala sepetang menghantar ikan dengan ditemani emak yang sangat setia dengan ayah...

Rumah kami pun semakin besar...dari yang mempunyai rumah hanya sebilik...kini kami telah mempunyai 4 bilik...dari rumah papan ayah telah bagi kami keselesaan duduk rumah batu yang boleh lari2 di ruang tamunya...luas dan selesa...Ya Allah ..terima kasih atas rezeki yang limpahkan keatas keluarga kami...

Usaha  gigih ayah telah menarik perhatian orang kampung..walaupun ayah sibuk dengan perusahaan kolam ikannya tapi ayah tak pernah lupa untuk solat berjemaah di masjid...setiap subuh dan maghrib ayah akan ke masjid untuk berjemaah...Banyak yang ayah usahakan untuk memajukan orang kampung walaupun ayah bukan la ketua kampung...Ayah dapatkan bantuan untuk orang kampung  buat perusahaan tanam pokok jagung..dapatkan sumbangan lembu bila oarang kampung nak buat korban...

Tapi ...semua itu ader dugaan dariNYA...suatu hari ayah ke masjid sambil ditemani oleh adik yang ke-dua dengan membonceng motor honda ayah...dalam perjalanan pulang ayah dihalang oleh beberapa pemuda kampung yang mengatakan tak puas hati dengan ayah...adik ku berlari kemasjid memanggil imam dan bilal memohon bantuan...Fuhhh ayah selamat...

Sangkaan kami semua ini telah berakhir..tapi keesokkan subuh sewaktu ayah balik dari masjid...ayah telah ditahan dan dipukul dengan kayu...ayah tak sempat nak melawan...mereka ramai...ya Allah apa salah ayah ku...berdarah... dan ayah tak dapat berjalan ...terjerit ayah meminta pertolongan ...tetapi diwaktu subuh yang hening tiada siapa yang mendengar jeritan ayah...Dalam keadaan kesakitan ayah berusaha untuk sampai kerumah walau adakalanya ayah terpaksa berjalan terhuyung hayang dan jatuh...

Emak...hampir pengsan melihat keadaan ayah...dengan suara yang sayu dan penuh dengan tangisan emak meminta pertolongan ...ayah dihantar ke Hospital Tampin......Berhari-hari ayah di hospital...laporan polis telah dibuat...Tetapi....

-bersambung-

Sunday, April 3, 2011

Penawar paling mujarab bagi Ayah yang sakit terlantar- episod 1

Ayah,

yang selama ini membanting tulang membesar kami 3 beradik yang semuanya perempuan. Dulu ayah seorang yang sangat kuat bekerja mempunyai banyak kolam ikan air tawar yang dikorek dengan tangan sendiri menggunakan cangkul tanpa bantuan jentolak. Selepas dilambuk..tanah-tanah itu akan diangkat sendiri dengan tenaga ayah untuk menjadikan komal-kolam ikan... Bukan sebuah tapi berekar-ekar tanah ayah sewa untuk dijadikan kolam...semua ayah buat sendiri..Banyak tanah orang kampung yang terbiar ayah sewa untuk dijadikan kolam ikan.

Usaha ayah selama ini berhasil...kolam ayah semakin berkembang. Pejabat perikanan mula datang memberi bantuan. Adakan kan latihan dan kursus untuk ayah kembangkan perusahaan perikanan ayah. Dari mengambil benih dengan tauke cina ayah mula hasilkan anak benih ikan sendiri dengan "kawin" kan sembilang betina dan jantan. Ayah dah ader kemahiran sendiri..Usaha ayah semakin berkembang ..ramai pembeli dan pengusaha kolam ikan air tawar mula berurusan dengan ayah.

Kemahiran ayah diperlukan...ayah banyak menerima jemputan untuk memberi  tunjuk ajar dan ceramah  kepada pelajar2 di institut kemahiran....orang tv pun mula datang ke kolam ayah untuk temuduga ayah...bangga ...ayah suruh aku buat laman web perikanan dia...tapi aku tak tahu.,..masa tu aku budak sastera mana la tahu bab IT ni...termenung aku pikirkan cara nak tolong ayah...

-bersambung-

Thursday, March 24, 2011

Teknik mudah hasilkan tudung ala Ekin


Bahan-bahan:

Pola sengkuap bersama badannya, kain jersey (badan tudung), jersey, broked, kapas, sutera Thai atau shantung (sengkuap), bakrum (kain gam), jarum peniti, kapur penanda, jarum jahitan dan benang.

Saiz pola untuk sengkuap



•12.5 sentimeter panjang dan 4.5 sentimeter tinggi

Cara-cara:

1. Memotong sengkuap

(Gambar a) Letakkan pola di atas kain sengkuap yang sudah dilipat dua. Basikan setengah inci untuk lipatan jahitan.

(Gambar b) Tandakan garis asal sengkuap dengan kapur penanda sebagai tanda panduan ketika mencantum. Seterika bahagian lipatan untuk mendapatkan tanda garisan bagi meletakkan bakrum/kain gam.

2. Memotong badan tudung

(Gambar c) Bentangkan kain, lipat hujung kain ke tengah membentuk segi tiga. Letakkan pola di atas kain dan sematkan peniti untuk mengelakkan kain beralih.

(Gambar d) Tandakan dahulu garis asal badan tudung sebelum memotong kerana kain biasanya licin dan sukar untuk ditanda jika sudah digunting.

(Gambar e) Basikan setengah inci untuk depan tudung, dari bahagian muka ke bawah. Basikan satu inci di kawasan sekeliling tudung. Selepas dipotong, tandakan bahagian tengah tudung dengan kapur penanda.

3. Menjahit dan mencantum

(Gambar f) Jahit dua garisan lurus di atas bakrum/kain gam (di sebelah dalam sengkuap). Jarak dari tepi bakrum adalah lebih kurang setengah inci.

(Gambar g) Letakkan sengkuap yang telah siap dijahit tadi di atas badan tudung (pastikan bahagian luar bertemu bahagian luar) dan cantumkan bahagian tengah yang telah ditanda.

Selepas selesai menjahit cantuman, pastikan kedua-dua belah adalah sama kedudukannya terutama di bahagian hujung sengkuap. Sekiranya cantuman tidak sama, gunting lebihan itu sebelum di jahit tepi.

4. Menjahit kemasan

(Gambar h) Mulakan dengan menjahit di sekeliling sengkuap (bahagian atas). Jahit tindih dari sebelah luar bermula dari bawah dagu sehingga ke hujung dagu sebelah lagi.

(Gambar i) Bahagian sekeliling sengkuap yang sudah siap dijahit.

Jahit tindih dari sebelah luar untuk kemasan di seluruh hujung tudung. Setelah siap, seterika tudung terutama di tempat jahitan kemasan tadi

Wednesday, March 23, 2011

Teh bunga ...memang best...

Air apa ni....nampak cam cantik kan...Allohaaa...ini la dia air teh bunga . Sedap tak terkata ...lagi kalau dapat yang fresh...Lagik fell bila kunyah kelopak bunga nye yang lembut tu. Bunga ape  tak tau la.. Ada orang kata bunga kekwa. Tak pasti, yang pasti sangat la sedap.

Tuesday, March 22, 2011

Rambut sama hitam hati lain-lain

Orang kata manusia ni rambut jer sama hitam tapi hati lain-lain...Betul ker?

bagi saya betul kata bidalan tu...kalau nak samakan semua manusia kat muka bumi ni semuanya rambut hitam kecuali yang dah mewarnakana rambut atau yang dah 'beruban"...apa maksud kata bidalan tu yer...eeemmm

cam yang kita semua pernah lalui...kita buat baik pada orang belum tentu orang akan buat baik pada kita...mungkin diwajahnya berkata "YA" tapi disebalik tindakannnya berkata "TIDAK"....kita berbuat baik dengan harapan kebaikan yang diberikan akan dibalas dengan madu...adakalanya kita tak tahu disebalik madu yang cuba diberi telah dicampur dengan racun...yang amat menyakitkan....

Terkilan dengan balasan sedemikian rupa setelah jasa diberikan...tapi apakan daya..ALLAH penentu segalanya...kita hanya mampu berserah ....

Friday, March 18, 2011

Rahsia muda jelita


Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
 
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
 
Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.
 
Mencantikkan Rambut
  1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
    • Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
    • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
    • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.



  2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.
Melebatkan Rambut
  1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

Awak..Saya..Kamu...Dia...semua nak CANTIK

Petua kecantikan...jangan abaikan petua-petua yang nenek ngan emak kita bisik-bisik kan pada kita...
Walaupun kita anggap semua petua tu dah lapuk ..tapi ingat...semua petua tu kalau kita amalkan...comfirm....kita akan jadi RATU...

  • Jika kuku anda terasa rapuh,rendam kuku dalam susu hangat atau suam.susu mengandungi asid laktik yang membantu mengeluarkan sel kulit mati,sehingga menghaluskan kulit.kalsiumnya yang terkandung dalam susu juga turut menguatkan kuku rapuh

  •  Masukkan seketul halia yang sudah diketuk/dititik kedalam air yang anda sedang rebus untuk menyediakan teh.halia memilki banyak khasiat,antara lain mengurangkan peluh berlebihan,masalah dengan perut membuatkan badan lebih sihat dan tidak cepat penat.teh yang anda minum pun terasa lebih nikmat dan sedap.

  •  Ramai orang berfikir,selulit mustahil untuk dihilangkan,biarpun dengan menggunakan losyen anti selulit.anda harus cuba petua ini,gosokkan skrub pada bahagian tubuh yang berselulit sebelum mandi,kemudian barulah diikuti dengan losyen anti selulit sebaik sahaja badan dikeringkan.keadaan ini akan menjadikan losyen tersebut lebih berkesan

  •  Waktu yang tepat untuk menyolek kembali dan memperbaiki wajah selepas 8 jam.kerap menambahkan solekan akan menjadikan solekan atau waran tidak rata .namun untuk lipstick,anda wajar menggunakannya dengan kerap,khususnya selepas makan.

  • Mata kelihatan sembap dan berkantung?minum terlalu banyak alcohol dan mengambil banyak garam menyebabkan berkurangnya air dan menjadikan kulit dibawah mata membengkak.beristirehat,mengurangkan pengambilan kafein dan tidur diatas bantal yang lebih tinggi boleh mngurangkan kesan kantung dibawah mata.selain itu,uncang teh dan potongan timun masih menjadi bahan semulajadi yang efektif.

Kenangan Buat yang tersayang.....

There is no better way to keep your lovely photos than transforming it into crystal photo.Every Crystal Photo comes with a nice gift box.
RM 29.00 + RM7.00 (kos penghantaran)
Custom make your baby napkin with cute baby photo as a gifts for new born baby.
Material: 50% Polyster 50% Cotton
RM 39.00 + RM7.00 (kos penghantaran)




There is no better way to keep your lovely photos than transforming it into crystal photo.Every Crystal Photo comes with a nice gift box.
RM 29.00 + RM7.00 (kos penghantaran)

Our Love cushion with a choice of two colors in high quality soft fabric.
You can send us a photograph (family, lover, friend, pet etc)...text can be added to the picture also.
Size: 38cm (width) X 30cm (height)

RM 39.00 + RM7.00 (kos penghantaran)










Wednesday, March 16, 2011

Tioman - 2009

http://www.emocutez.com/

Anak mama sayang








Tioman - 2008

http://www.emocutez.com/










 My bos yang dihormati....:)
Wahhh...dalamnya....


 Kenangan bersama kak kintan...





Cuba-cuba yakin

Redang-Laguna Resort 2007






 Berehat menanti bot sampai...yeeehaaa..

 Sebelum Check in..



 baru sampai jeti...possing dulu beb...