Ayah,
yang selama ini membanting tulang membesar kami 3 beradik yang semuanya perempuan. Dulu ayah seorang yang sangat kuat bekerja mempunyai banyak kolam ikan air tawar yang dikorek dengan tangan sendiri menggunakan cangkul tanpa bantuan jentolak. Selepas dilambuk..tanah-tanah itu akan diangkat sendiri dengan tenaga ayah untuk menjadikan komal-kolam ikan... Bukan sebuah tapi berekar-ekar tanah ayah sewa untuk dijadikan kolam...semua ayah buat sendiri..Banyak tanah orang kampung yang terbiar ayah sewa untuk dijadikan kolam ikan.
Usaha ayah selama ini berhasil...kolam ayah semakin berkembang. Pejabat perikanan mula datang memberi bantuan. Adakan kan latihan dan kursus untuk ayah kembangkan perusahaan perikanan ayah. Dari mengambil benih dengan tauke cina ayah mula hasilkan anak benih ikan sendiri dengan "kawin" kan sembilang betina dan jantan. Ayah dah ader kemahiran sendiri..Usaha ayah semakin berkembang ..ramai pembeli dan pengusaha kolam ikan air tawar mula berurusan dengan ayah.
Kemahiran ayah diperlukan...ayah banyak menerima jemputan untuk memberi tunjuk ajar dan ceramah kepada pelajar2 di institut kemahiran....orang tv pun mula datang ke kolam ayah untuk temuduga ayah...bangga ...ayah suruh aku buat laman web perikanan dia...tapi aku tak tahu.,..masa tu aku budak sastera mana la tahu bab IT ni...termenung aku pikirkan cara nak tolong ayah...
-bersambung-
1 comment:
saya pun sayang
Post a Comment