Jom Jalan Jalan

  Jom jalan-jalan ke Laguna Resort, Pulau Redang pulak.


Fuyyoo...giler lama ler  x updated blog ni...Disebabkan fb semua cita pasal politik jer so kita memblog la pulak.
kali ni kisah kami bercuti di laguna resort, pulau redang...Pada asalnya resort tu semua dah penuh...rasa hancur la harapan nak bawa anak bercuti di laguna. Resort lain masih ada tapi hati dah terpaut di laguna...nak buat cam no...Cik pidi kata ' tak yah la pergi...kita pergi next time jer'...tapi inikan cik ekin..kalau nak pergi tu akan kuusahakan juga walau apa cara sekali pun...rancang nak pergi 28 mac 2013...so 25hb tu i sajer sajer la call resort kalau kalau masih ada ..walaupun dah berkali call masih penuh...tapi allah tu kasian pada saya kot usaha tanpa jemu...sales tu maklum ' masih ada 1 bilik puan sea view dengan harga sekian sekian...dan kalau puan berminat boleh terus booking dan buat payment'...tu dia...akhirnya saya berjaya booking di laguna resort...jeng ..jeng...jeng...sukanya hati tak terkata...

So saya pun mula la buat perancangan ...buat jadual perjalanan dan aktiviti kami di sana...padahal ambik pakej jer so semua dah sedia pun...nak bertolak naik bas atau naik kereta...kalau naik kereta penat pulak cik pidi...kalau naik bas nanti tak boleh berjalan jalan ke tempat lain ..tak boleh singgah singgah...

Akhirnya kami ambik keputusan naik bas sahaja...itu pun adik ipar yang tolong carikan bas express apa yang baik dan selesa...maklumla tak pernah naik bas express...yaya pulak cadangkan naik bas 2 tingkat...adoii la..kena la adik ipar mencari bas yang 2 tingkat...kami pilih bas sani express.....

Tibala masa yang ditunggu-tunggu..

kami bertolak jam 10.00 malam di hentian kajang...punya la happy yaya masa tu...bila naik bas sepanjang perjalanan yaya tak tidur...asyik leka tengok movie kerat 14...habis keras 14 sambung dengan movie cun pulak...pastu sambung dengan wawa semput...


kami smpai di hentian bas kuala terengganu jam 5.00 pagi...paginya...tapi ramai orang di hentian bas tu...kami ambil teksi untuk ke jeti shabandar...caj yang pakcik tu kenakan pada kami rm10.00...tido sebentar di pondok yang disediakan di jety tu sambil menunggu solat subuh...selepas solat di masjid berhampiran kami menunggu lagi sehingga kaunter laguna resort dibuka...huhuhuhuu




Tepat jam 9.30 pagi kami dah boleh naik feri... 




Tadaaaa....ini la Laguna Resort pulau redang...tak rugi kalau anda bercuti di sini...syokkk oooo...










nanti kita update  aktiviti kat sana pulak ya...

...bersambung....

sogo lagi

hari ni cuti sempena thaipusam...mak ngan ayah datang kl...tujuan mak 1 jer..dia nak pi shopping kat sogo...huhuhu...setahun 3 kali jer mak akan beli hand beg ngan kasut...bila dah guna mak tak kan tukar tukar lagi dah sampai la kasut ngan handbeg tu dah rosak teruk baru mak tukar...
tak macam kita orang muda ni kan...dapat gaji tiap bulan mesti nak gi shopping...i like shoping hand beg ngan kasut..dan gold...gold...gold.....
ok time for shopping....



Bandung ,Jawa Barat Indonesia

Baru balik dari Bandung indinesia ....3 hb Februari 2011 hingga 7  Februari 2011....Memang best dan nak pegi lagi..kalau ader peluang saya sarankan pergi la ke bandung...nak shopping baju pun best...barang perkahwinan...telekung ...macam-macam la...Bandung ni memang tersangat la byk FOs ... tak sempat nak masuk semua FOs ...deretan FOs ada di beberapa jalan spt kat jln riau,jln dago, jln setiabudi,cihampelas ...pendek kata kat bandung tu penuh dengan FOs yang kita sendiri tak larat nak masuk semua...Kalau nak gi jalan-jalan kat sana kita perlukan supir...kami bertuah sebab dapat supir yang terbaik punya...hargapun boleh tahan murah...sangat friendly dan mahir nak cari jalan pintas kalau jalan macet (jem)....pak hasep memang kuat bekerja kalau janji kul 7 pagi ...tepat jam 7 pagi dia akan call kami maklumkan dah sedia di luar hotel....



Bandung ,Jawa Barat Indonesia Part 2

Hari Pertama kat Bandung 3 hb Februari 2011...
Bertolak dari Kajag kul 4 petang ...maklumlah Flight kul 7 malam... Tq pada Fauzi & Jaja yang jadi "Pak Supir" ke airasia...perjalanan lebih kurang 2 jam untuk sampai ke bandung...Alhamdulillah sepanjang perjalanan tiada masalah...kat airport bandung juga semua berjalan lancar...kuar jer kat airport wakil Hotel dah tunggu dengan sepanduk nama suami yang besar. kami bertiga jer tapi kereta yang tunggu tu dia boleh naik 14 orang...malam ni tak der aktiviti lagi...chek in hotel...hotel pun boleh tahan selesa dan pekerja yang ramah ....pastu rehat jer kat bilik...tak sabar tunggu esok...

Hari Kedua kat Bandung 4 hb Februari 2011...
Pagi lagi kami bangun...semangat nak jalan2 kat bandung...sarapan kat hotel jer takyah nak sibuk2 cari kedai makan kat luar...Selesai minum pagi ...KITA MULAKAN LANGKAH...yeeeehaaaaaa....
Pak supir kami tak cari lagi...so tanya hotel berapa harga kalau hotel carikan Pak Supir..Rp500'000 untuk 10 jam free 2 jam...eeeemmm...pikir punya pikir...kami tak mau la...dengan selambanya kami tahan jer teksi biru kat depan hotel...sembang punya sembang kami setuju untuk booking pak teksi tu bawa kami kemana-mana kami nak pegi...wahhhhh gila banyak FOs kat bandung ni...jam 9 pagi belum banyak Fos yang buka so  langkah pertama kami ke Rumah Mode...kemudian ke deretan FOs yang berhampiran....baru 5 FOs kami pegi...kaki dah penat...
Kami ke Aria Jeans untuk buat jeans ikut ukuran kita...banyak nya kain ...boleh pilih jenis kain yang kita nak buat...kami buat 7 helai semuanya...kalau dikira dengan duit Malaysia dalam RM 45 sehelai...boleh pilih benang warna apa yang kita nak...fesyen seluar apa yang kita suka...poket gaya macam mana yang kita minat...memang puas hati la ....
Kemudia kami ke Jalan Cihampelas atau dikenalai sebagai"Jean Street". kat sini banyak nya giant replica seperti  Superman, Spiderman, X-Men and Rambo dan banyak lagi .... kat sini banyak kedai jeans...t-shirt...
hati-hati dengan peminta sedekah kat sini...kalau kita dah bagi pada seorang...nah lepas tu anda akan dikerumini dengan ramai peminta sedekah...dengan sekelip mata anda akan jadi artis yang paling diminati saat itu...so berhati...hati..

pengembaraan kami hari kedua ni tamat jam 9.00 malam...penat nya bila sampai di hotel...rasa tak larat nak mandi kalau boleh nak tidur terus....tapi husban ajak pegi spa pulak kat hotel...memang tak tunggu lagi...lepas madi ..makan(kat hotel jer)...terus pi spa...legaaaaaa....bila badan yang lenguh dibelai dengan aroma terapi....


  


Jom jalan-jalan ke Legoland pulak







 Enjoyyyyyy...
 Yaya dan kudanya...keduk...keduk...kedukkk....
 me and fidi...love u darling
 anak manja papa


yaya belajar bawak kereta...vrommmmm

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


No comments: