Petua kecantikan...jangan abaikan petua-petua yang nenek ngan emak kita bisik-bisik kan pada kita...
Walaupun kita anggap semua petua tu dah lapuk ..tapi ingat...semua petua tu kalau kita amalkan...comfirm....kita akan jadi RATU...
- Jika kuku anda terasa rapuh,rendam kuku dalam susu hangat atau suam.susu mengandungi asid laktik yang membantu mengeluarkan sel kulit mati,sehingga menghaluskan kulit.kalsiumnya yang terkandung dalam susu juga turut menguatkan kuku rapuh
- Masukkan seketul halia yang sudah diketuk/dititik kedalam air yang anda sedang rebus untuk menyediakan teh.halia memilki banyak khasiat,antara lain mengurangkan peluh berlebihan,masalah dengan perut membuatkan badan lebih sihat dan tidak cepat penat.teh yang anda minum pun terasa lebih nikmat dan sedap.
- Ramai orang berfikir,selulit mustahil untuk dihilangkan,biarpun dengan menggunakan losyen anti selulit.anda harus cuba petua ini,gosokkan skrub pada bahagian tubuh yang berselulit sebelum mandi,kemudian barulah diikuti dengan losyen anti selulit sebaik sahaja badan dikeringkan.keadaan ini akan menjadikan losyen tersebut lebih berkesan
- Waktu yang tepat untuk menyolek kembali dan memperbaiki wajah selepas 8 jam.kerap menambahkan solekan akan menjadikan solekan atau waran tidak rata .namun untuk lipstick,anda wajar menggunakannya dengan kerap,khususnya selepas makan.
- Mata kelihatan sembap dan berkantung?minum terlalu banyak alcohol dan mengambil banyak garam menyebabkan berkurangnya air dan menjadikan kulit dibawah mata membengkak.beristirehat,mengurangkan pengambilan kafein dan tidur diatas bantal yang lebih tinggi boleh mngurangkan kesan kantung dibawah mata.selain itu,uncang teh dan potongan timun masih menjadi bahan semulajadi yang efektif.
No comments:
Post a Comment