Tuesday, July 5, 2011

Demam

Dalam setahun berapa kali kita deman..dalam sebulan berapa kali kita demam...dalam seminggu berapa kali pulak kita deman...kadang-kadang sering terdengar " eeee aku rasa nak demam la"....demam tak der jual kat dekai...tak jugak kat pasar apatah lagi kat kedai mamak...Persoalannya kenapa kita demam...

 Demam adalah satu cara untuk tubuh kita melawan penyakit (salah satu fungsi penting dalam badan).

* Secara purata, suhu badan yang normal ialah 37 darjah celsius (bergantung kepada umur, keadaan persekitaran dan keadaan fizikal seseorang).

* Suhu badan meningkat menunjukkan badan sedang mengaktifkan sistem imun untuk menghasilkan sel darah putih, antibodi dan agen-agen lain untuk melawan penyakit.

* Punca-punca demam; jangkitan kuman, toksin, kanser dan juga sebarang penyakit autoimmune.

 * Juga boleh disebabkan oleh heatstroke, dimana suhu badan meningkat dan menjadi tidak terkawal.

 * Untuk demam yang ringan (suhu tidak terlalu tinggi), hanya perlu minum banyak air dan rehat.

 * Apabila demam, makan ubat untuk mengawal suhu daripada menjadi terlalu tinggi BUKAN untuk menghapuskan demam tersebut secara serta merta.

 * Sekiranya kanak-kanak didapati demam tetapi masih bergerak aktif, bermain dan tidak bermasalah untuk tidur, kemungkinan besar ia-nya hanya demam biasa dan tidak serius.

 * Jika demam berterusan melebihi tiga hari, berjumpalah dengan doktor/pakar kerana demam yang berterusan dan terlalu kuat boleh mengakibatkan kerosakan otak (khususnya di kalangan kanak-kanak). Demam berterusan juga adalah petanda bahawa ia bukan sekadar demam biasa dan memerlukan rawatan rapi.

hari ni letak coret -coret pasal demam sebab " aku rasa nak demam"....

Wanita oh Wanita

Wanita Oh wanita...wanita yang banyak ragam dan kemahuan., banyak sifat wanita yang tak diketahui lelaki...Kenalilah wanita yang adakalnya sifatnya boleh memakan diri...

SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian .

HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercarik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab sesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM .

IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui .

KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk ibu bapa , anak-anak , dan suami . WANITA amat tabah .
PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam .

MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA . suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesame kaum .

EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai .